Followers

CONGRATULATIONS !

Wednesday, May 02, 2012



To: En. Muhammad Fariz and Cik Noraini Ahmad, Congrats & Tahniah !

Bauhulu kuih tradisional
Mangkuk timah penuh sarat
Kalau dahulu tidak kenal
Sekarang peramah semakin erat

Ikan dilaut asam didarat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat

Atas pelamin berjumpa jua

Tunduk segala rakyat jelata
Memberi takzim raja gahara
Raja rupawan diatas takta
Duduk memerintah barang sehari

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Ayam dara dibuat gulai
Bungkus bekalan letask dibucu
Riang gembira kedua mempelai
Semoga berkekalan ke anak cucu

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Sianak dara memakai lokek
Lokek tersangkut dihujung julai
Untuk majlis membelah kek
Jemput bangun kedua mempelai

Pergi berzanji dipekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Bunga Melati dihujung dahan
Disunting dara dengan cermat
Suami isteri berkasih-kasihan
Seperti nabi kasihkan umat

Ikan todak si ikan pari
Ikan linang di dalam peti
Adapun adat bersuami isteri
Senang dan susah sampai kemati



Posted by Kolej T6 Haji Zainul Abidin at 1:34 PM  
0 comments

Post a Comment