Followers

MAJLIS MAULIDUR RASUL 2011

Thursday, March 10, 2011


Sempena dengan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W, pihak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan ceramah di peringkat sekolah. Ia melibatkan semua pelajar dan guru yang beragama Islam. Permulaannya, semua pelajar dan guru solat Zohor secara berjemaah. Setelah selesai solat, penceramah jemputan iaitu Ustaz Suhaimi bin Othman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang menyampaikan ceramahnya. Pelbagai nasihat dan bimbingan telah diamanatkan beliau. Selesai sesi ceramah, semua pelajar dan guru dijemput ke kantin sekolah bagi menikmati sedikit jamuan yang telah disumbangkan oleh En. Khairudin, Pengurus Kantin SMKHZA. Pihak panitia dan persatuan Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar yang menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis tersebut.

Gambar menunjukkan majlis sambutan tersebut.


Posted by Kolej T6 Haji Zainul Abidin at 7:44 PM  
0 comments

Post a Comment